Wednesday, June 15, 2011

PENGKELASAN PERPUSTAKAAN

DEFINISI
Satu sistem yang logik bagi penyusunan ilmu pengetahuan.

TUJUAN

* Untuk menyusun bahan-bahan perpustakaan secara teratur di atas rak supaya mudah disimpan dan didapatkan kembali.

* Untuk menyusun entri-entri katalog dan indeks.

OBJEKTIF

· Membantu pengguna mengenalpasti dan mengesan sesuatu karya melalui nombor panggilan.

· Mengelompokkan bahan-bahan mengenai sesuatu perkara/subjek dalam satu kelompok yang sama.


NOTASI

Setiap skim pengkelasan menggunakan satu sistem simbol sebagai tanda yang mewakili kelas-kelas, kelas-kelas kecil dan pembahagian-pembahagiannya. Sistem simbol yang dipanggil notasi adalah untuk menunjukkan secara ringkas, perkara dan aspek dan kadangkala perkaitannya disamping menyediakan satu susunan yang logik dan teratur. Skim Pengkelasan Perpuluhan Dewey menggunakan notasi tulin (angka Arab); skim Pengkelasan Library of Congress menggunakan notasi campuran (huruf besar dan angka-angka Arab); Universal Decimal Classification menggunakan notasi tulin (angka Arab).


PANDUAN MENGKELAS 

1. Tentukan kandungan subjek , dan kenalpasti konsep utama dalam bahan yang dikelas. 
2. Pilih nombor yang sesuai dari skim pengkelasan. 
3. Jika sesuatu karya itu mengandungi lebih dari satu subjek atau lebih dari satu aspek, pilih   
    satu   nombor sahaja, atau pilih satu nombor yang umum yang meliputi subjek-subjek dan  
    aspek-aspek yang berkaitan. 
4. Pilih satu nombor yang memberi manfaat kepada pengguna bagi sesuatu karya yang boleh 
    dikelaskan dalam lebih dari satu nombor. 
5. Kelas mengikut subjek, diikuti dengan bentuk, kecuali bahan sastera di mana bahasa dan bentuk 
    sastera diberi keutamaan. 
6. Gunakan nombor yang paling spesifik jika ada. 
7. Indeks digunakan untuk membantu pengkelas mengesan nombor kelas yang spesifik. Sentiasa 
    semak nombor dalam skedul untuk nombor-nombor yang diperolehi dari indeks. 
8. Kelas di bawah subjek utama jika boleh ditentukan.
 9. Kelas di bawah subjek yang pertama jika subjek utama tidak dapat dikenalpasti. Bagi skim 
     Pengkelasan Perpuluhan Dewey, pertama bermaksud kelas yang disebutkan dahulu. 
10. Kelas di bawah subjek umum bagi sesuatu karya yang mengandungi dua subjek atau lebih dan 
      ianya adalah pembahagian-pembahagian kecil sesuatu subjek yang umum.


NOMBOR PANGGILAN

Definisi

Nombor panggilan adalah kombinasi simbol yang mengandungi nombor kelas, nombor buku atau nombor bahan dan kadangkala data lain, seperti tahun, nombor jilid, nombor salinan, yang menyediakan identifikasi bagi sesuatu bahan dan penempatannya di atas rak. 


contoh 1:   Gerimis / oleh Sabar Bohari

 F Simbol untuk bahan fiksyen

 SAB Nombor buku, tiga huruf awal dari entri utama, 

 Iaitu nama pengarang.



 contoh 2: Asas belanjawan modal / Shamsher Mohamed, Shamsudin Ismail
  
  658.154 Belanjawan modal

  SHA Nombor pengarang : Shamsher


SISTEM PENGKELASAN PERPULUHAN DEWEY

SENARAI RINGKASAN PERTAMA


000 KARYA AM                                GENERALITIES
             100 FALSAFAH                                PHILOSOPHY
             200 AGAMA                                      RELIGION
             300 SAINS KEMASYARAKATAN  SOCIAL SCIENCES
             400 BAHASA                                      LANGUAGE 
             500 SAINS TULEN                           NATURAL SCIENCES
             600 TEKNOLOGI                             TECHNOLOGY
             700 KESENIAN                                  THE ARTS
             800 KESUSASTERAAN                    LITERATURE 
             900 GEOGRAFI & SEJARAH       GEO & HISTORY

Kelas Utama

Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey mengorganisasikan semua ilmu pengetahuan berdasarkan kepada sepuluh kelas utama. Sembilan kelas mewakili sembilan bidang ilmu pengetahuan umum, dan satu kelas untuk bahan-bahan yang umum seperti enciklopedia, suratkhabar dan terbitan berkala.

Buku-buku fiksyen tidak diberi nombor kelas dan ditandakan dengan simbol “F” sahaja.

Kelas Kecil (Subkelas)
Setiap kelas utama seterusnya dipecahkan kepada kelas kecil,contohnya

500  SAINS TULEN


        510 MATEMATIK 
        520 ASTRONOMI 
        530 FIZIK 
        540 KIMIA 
        550 SAINS BUMI
        560 KAJIFOSIL 
        570 SAINS HAYAT 
        580 SAINS TUMBUHAN 
        590 ZOOLOGI

Setiap kelas kecil seterusnya dapat dipecahkan kepada pembahagian yang lebih kecil untuk menunjukkan perkara/topik yang lebih khusus.

500 SAINS TULEN 

       510 MATEMATIK 

               511  KIRA-KIRA 
               512  ALGEBRA 
               513  GEOMETRI 
               514  TRIGONOMETRI 
               515  KALKULUS 
               519 MATEMATIK PERANGKAAN


Pembahagian kecil yang selanjutnya boleh dibuat dengan menggunakan angka-angka perpuluhan.

599 MAMALIA (BINATANG)

       .2 MARSUPIAL (seperti kangaroo)
       .5  MAMALIA LAUT

PEMBINAAN NOMBOR DDC

 Ada empat kaedah untuk pembinaan nombor.

1. Penambahan notasi dari Table 1 Standard Subdivision (SS) kepada nombor dasar. 
    
    Contoh 1:
    Journal of mathematics

    510 Mathematics 
         -05 (T1)  Serial publications.
           510+05 = 510.5

 Contoh 2:
 Kamus pertanian

630 Agriculture
 -03 (T1)  Dictionaries
 630 + 03 = 630.3

2. Penambahan notasi dari Table 2-7 kepada nombor dasar

Contoh 3:
Atlas of Canada

912 Atlas with instruction to add notation from table 2
 71 (T2)  Canada
 912 + 71 (T2) = 912.71

Contoh 4:
 Agriculture in Malaysia

630 Agriculture
 -09  Notation from Table 1 with instruction to add notation
  from Table 2

 -595 (T2)  Notation for Malaysia
 630 + 09+595 = 630.9595
  
3. Kombinasi nombor skedul 
a. Penambahan keseluruhan nombor kelas dari skedul kepada Nombor dasar dari skedul
    Contoh:
        Bibliography of science
        016 Subject bibliography
        500 Science
        016 +5 = 016.5

b. Penambahan sebahagian nombor kelas dari Skedul kepada nombor dasar.

   Contoh:
   Administration of university libraries

   025.19 + 77 (from 027.7) = 025.1977   

4. Penambahan notasi dari “Add table” kepada nombor dasar

    Contoh:
    Travel in Australia
     91+94 (T2) + ) + 04 (dari Add table) = 919.404

No comments:

Post a Comment