Senarai Buku
320.9595 Siri Aspirasi 1 Malaysia372.5 Siri Ceria Reka
363 Siri Kehidupan Lestari
398 Peribahasa Berinformasi
320.9595 Siri Aspirasi 1 Malaysia
Senarai judul dalam siri ini
- Penghayatan Nilai 1 Malaysia
- Inspirasi Perdana Menteri ke 6
- Langkah Memupuk Perpaduan
- Mendukung Gagasan 1 Malaysia
- Nilai-nilai Dalam 1 Malaysia (I)
- Nilai-nilai Dalam 1 Malaysia (II)
- Pelaksanaan Gagasan 1 Malaysia
- 1 Malaysia Menepait Rukun Negara
Penerbit : OSC Publishing & Marketing, Petaling Jaya, Selangor
Tahun Terbit: 2010
Pengarang : Mohd Syahrul Hanafi
No Kelas : 320.9595
Sipnosis:
Apabila Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-6, beliau telah menginspirasikan konsep 1 Malaysia yang berpaksikan kepada ’Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ sebagai teras utama dalam pentadbiran kerajaan.
Tujuan konsep 1 Malaysia diperkenalkan tidak lain daripada membentuk satu kesatuan bangsa Malaysia yang bersatu padu, memiliki semangat kekitaan yang sama di samping memastikan aspirasi rakyat didahulukan oleh kerajaan dalam apa jua keadaan.
Justeru, Siri Aspirasi 1 Malaysia diterbitkan untuk membantu pemahaman murid-murid akan kepentingan konsep 1 Malaysia dihayati serta dipraktikkan dalam kehidupan. Dengan ini, barulah hasrat kerajaan menjadikan negara kita maju menjelang tahun 2020 dengan semangat perpaduan yang jitu mampu dicapai. Siri ini menggunakan pengolahan bahasa yang mudah difahami, terdapat ilustrasi dan gambar berkaitan fakta glosari serta latihan.363 Siri Kehidupan Lestari
Penerbit : Jade Green Publications
Tahun Terbit: 2011
No Kelas : 363.7282
Pengarang: Daniel Man
Senarai judul dalam siri ini
- Taman Herba
- Senaman Sihat
- Zat Makanan
- Makanan Sihat
- Baja Organik
- Taman Edible
- Hindarkan Pencemaran
- Kitar Semula
Sipnosis:
Kehidupan lestari adalah asas amalan dan gaya hidup yang sihat. Ini melibatkan aktiviti dan penghayatan semua golongan. Kehidupan lestari menitik beratkan aspek perlindungan sumber alam yang lebih terancang, penggunaan semula bahan terbuang dan penjimatan bahan asas kehidupan.
372.5 siri ceria reka
8 judul dalam siri ini
Penerbit : Edaran Ilmu Trade, Batu Caves, Selangor
Tahun Terbit: 2008
Pengarang : Mohd. Aidil Fahmi
No Kelas : 372.5
Sipnosis:
Sesuai untuk mata pelajaran pendidikan seni visual, hiasan dan juga sebagai salah satu permainan yang membina kreativiti dan minda yang aktif.
PERIBAHASA BERINFORMASI
Senarai judul dalam siri ini
1 Alam dalam Peribahasa
2 Benda dalam Peribahasa
3 Buah-buahan dalam Peribahasa
4 Burung dalam Peribahasa
5 Haiwan dalam Peribahasa
6 Serangga dalam Peribahasa
7 Tubuh Badan Manusia dalam Peribahasa
8 Tumbuh-tumbuhan dalam Peribahasa
Pengarang : Mohamed Roselan Ab Malek
Norashikin Abd Aziz
Penerbit : Prisma
Tahun Terbit: 2011
No Kelas : 398 ROS
Sipnosis:
Buku ini disusun berdasarkan kepada tajuk-tajuk khusus supaya mudah difahami. Selain maksud tersitat setiap peribahasa, penggunaan peribahasa itu dalam ayat juga diberikan bagi meningkatkan lagi kefahaman pembaca. Buku ini juga disertai foto berwarna dan informasi objek yang digunakan dalam peribahasa itu.
Jenis-jenis Peribahasa:
- Simpulan Bahasa
- Pepatah
- Perumpamaan
- Bidalan
Peribahasa dan Maknanya
Foto Berwarna
Informasi Objek
Contoh-contoh Ayat
Glosari
No comments:
Post a Comment